Thursday, June 3, 2010

Kelahiran Dhia Mardhiah


Dhia Mardhiah Bt Dani Ehsan, telah selamat dilahirkan di hospital di Johor Bahru pada 26 Mac 2010. Baby girl ni tembam sekarang, maklumlah fully breastfeeding...hee..

ibunya Mohaini Bt Mohamudiah, adik ipar aku (adik suami), tinggal & bekerja di Johor. kami memang jarang jumpa, maklumlah mak & ayah mertua dah meninggal dunia, so kami sekeluarga akan balik JB bila ada kenduri/ majlis je. atau mungkin ada hal-hal penting, baru kami balik. kalo tak, memang balik ke Muar jela..

Wah, lepas ni syifa dah ada geng kalo balik JB. dhia cepat besar ye, boleh kawan dengan syifa. masa balik Kota Tinggi aritu, sempena kenduri kahwin sepupu (Ira), dhia asik kembung je. sian dia tak dapat nyenyak tido malam. tapi siang memang sedap dia tido, tak kisah la apa bising pun sbelah dia ke, apa ke..dia syok je tido. tapi kata Aini, dia tak banyak ragam, alhamdulillah. syifa pun xbanyak ragam jugak, senang la jaga dia. cuma masa dalam pantang letih la, pasal dia pun slalu kembung. tapi bila dah besar sket alhamdulillah, senang la jugak...rasanya kalo anak perempuan ni kecik-kecik ni mudah la menjaganya kalo nak dibandingkan dengan lelaki. tapi apa-apa pun, tu semua rezki dari Allah, syukur kita dikurniakan anak, tak kisah la lelaki ke perempuan.



Ni gambar dhia masa kenduri akikah kat Klang, pada 22 May 2010. kak su amik gambar ni dari FB ye aini.. wah syoknya dhia tido..mesti senang mamanya jaga kan. cantik hairband? baru cik su nak bagi dia adiah hairband, dia dah ada dah...hee...kami tak dapat datang kenduri akikah dhia, sebab suami kerja. so next time la kita jumpa lagi ye.



Ni dhia dalam buaian masa akikah. ada buaian khas lagi, lagi la syok tido. tembamnya dia..mama dah kerja nanti dhia jangan nangis tinggal dengan baby sitter ye...panjang umur nanti kita jumpa lagi, masa tu mesti dhia dah besar. boleh geng dengan syifa.

1 comment:

  1. kalau lewat 4 hari, dh sama besday ngn farysa
    hehe
    comel sgt,nak cubit cubit pipi =))

    ReplyDelete