Monday, May 17, 2010

Hijau...Evergreen



Hijaunya permandangan ni..fresh je rasa mata memandang. kalo umah kita kat sini kn best, jauh dari kesibukan kota. kalo tido ni, memang sah la tak bangun-bangun. udara nyaman & bersih, angin sepoi-sepoi bahasa..fuhhh



kalo tengah dahaga ni, memang sedap pekena air epal ijau segelas..tambah lak bulan puasa, fuhh mengancam. aku lak tengah puasa arini, cerita lak pasal ni, aduhh kena tahan ni...




Sawi ada sejenis tumbuhan hijau yang banyak khasiat. Antaranya ia boleh menambah vitamin dalam badan, menambah susu ibu, menguatkan gigi & tulang. Sawi memang pahit, tapi itu la yang tersimpan segala khasiatnya. Bak kata orang, lagi pahit..lagi baik untuk ubat. cubalah!




Ini plak stail tudung sekarang. Hampir semua wanita di Malaysia telah mengenakan tudung ini untuk ke pejabat, shopping complex, kenduri kahwin atau ke mana-mana sahaja. Ia mudah di pakai, sarung sahaja, belek-belek sket dah jadi. Boleh didapati di mana-mana, baik di pasar malam hingga ke butik-butik di shopping complex. Banyak gaya & brand..ariani, hawa & macam-macam...yang penting cantik dipakai...sedap mata memandang...




Bercerita bab makanan plak, nasi ni berwarna ijau. Nasi lemak? Letak inci je tu..biasanya yang aku tau, nasi kerabu tu yang macam-macam warna. kejap biru, kejap ijau, kejap kuning...tapi rase sama je..kena lak lawan nye dengan sambal udang & telur mata kerbau..terngakat beb!



Ini memang kiut. sayang plak rasa nak makan kalo aku dapat. kek ni biasanya yang colouring tu gula. sesuai dijadikan hadiah untuk besday anak/kawan-kawan/sapa-sapa la..untuk orang kahwin pun boleh..




Para doktor juga menggunakan warna hijau sebagai warna tema jubah mereka. tengok gambar ni, teringat waktu nak bersalin. mereka ni dah dilahirkan kering hati, kalo nak belah perut orang tu..macam apa je dibuat. inject pn suka-suka je kat badan kita. korek-korek, jahit situ, jahit sini, lama-lama siap je..hee..itu semua untuk kebaikan kita juga kan kalo kita sakit. kalo la doktor ni jenis penakut, susah jugak nanti..takut nak kerat, takut nak jahit, takut nk inject..susah jugak kn...kerjaya doktor camtu la...

1 comment:

  1. salam kenal sue... teringat lagu hijau from zainal abidin...

    pasal nuffnang tu just masuk www.nuffnang.com.my dan register as a member pastu copy HTML script utk banner ads dan place kat mana2 tmpat di ur blog. kat dlm web tu ada panduan nak letak kat mana. cubalah...

    ReplyDelete