: Petua

1)  MENDAPATKAN ANAK YANG CERDIK DAN PINTAR
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

• Sebaik kandungan mencecah empat bulan, ibu digalakkan baca surah al-Fatihah, ayat Kursi dan surah al-Inshirah. Surah Fatihah adalah ibu al-Quran, ayat Kursi bertujuan menghalau gangguan syaitan manakala surat al-Inshirah untuk melapangkan hati dan fikiran.
• Selepas bersalin, baca surah berkenaan ketika menyusukan anak dan dihembuskan di kepala. Ia boleh diteruskan sehingga anak cukup umur.
• Waktu ketika anak antara sedar dan tidak. Rebut peluang bisikkan kata-kata nasihat, pujian dan pesanan. Ambil masa seminit, dua untuk membacakan doa sambil mengusap kepala mereka selain memberikan nasihat.
• Doakan kejayaan anak, rakan anak mereka, anak rakan dan jiran.


FAKTA: Rahsia pemakanan ilmuwan Islam

• Madu - Madu adalah makanan yang sangat berkhasiat. Al-Quran mengiktiraf ia ‘shifa’ iaitu penyembuh penyakit. Madu didapati berkesan untuk merawati penyakit dan boleh menghindarkan kepenatan kerja otak seperti berfikir, membaca, merancang dan bermesyuarat. Ia perlu diambil dua sudu teh (gunakan sudu plastik) pada waktu pagi dan malam.

• Kismis - Mengandungi zat besi yang amat diperlukan untuk membina darah bagi memastikan bekalan oksigen yang mencukupi untuk disalurkan ke otak. Adab memakannya ialah dengan mengadap Kiblat, membaca Bismillah dan selawat tiga kali diikuti doa penerang hati. Ia perlu dimakan seperti memakan gula-gula kerana dikatakan tidak berkesan jika dikunyah dan diambil satu persatu sebanyak 21 biji setiap hari.

• Susu segar - Susu berguna untuk kesihatan otak, mempertajamkan ingatan, membekalkan tenaga mental dan fizikal. Susu mengandungi tiga unsur semula jadi iaitu keju, lemak dan air yang amat diperlukan untuk pertumbuhan badan dan otak. Susu yang terbaik untuk ketajaman minda ialah susu kambing, biri - biri dan lembu yang segar. Ia diminum segelas pada sebelah pagi dan malam.

• Telur - Bermanfaat untuk menambah kekuatan otak, badan dan menjaga kesihatan keseluruhannya. Ahli - ahli kesihatan mengakui ia adalah makanan yang lengkap dan berkhasiat. Telur yang terbaik ialah telur ayam kampung dan yang masih baru.

• Halia - Ia sangat mujarab untuk menghindar masalah lupa. Ia boleh dimakan mentah atau dibuat halwa. Halwa ialah halia yang dijadikan Dimakan sedikit saja pada waktu pagi.

• Buah Delima - Mujarab untuk penerang hati seperti sabda Nabi Muhammad SAW: “Sesiapa yang memakan buah delima keseluruhannya, sesungguhnya Allah menerangkan hatinya selama 40 hari.”



2)  MEMPERBANYAKKAN SUSU BADAN
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~


a) Berurut dengan bidan
b) Banyakkan air atau jus buah-buahan
c) Banyakkan minum susu, sebaik-baiknya hidangan susu 3 hingga 4 hidangan sehari
d) Pengambilan lebih makanan berprotein penting untuk penghasilan susu ibu
e) Makan nasi panas bersama halia muda (yang ditumbuk halus) dan dicampurkan dengan air asam
f) Minum air asam jawa yang di rebus dengan gula merah bersama dengan 3 keping asam keping
g) Ambil beberapa helai daun betik sederhana muda. Rebus sehingga mendidih, minum air rebusan itu 2 hingga 3 kali sehari
h) Ambil sebatang lobak putih, cuci bersih dan kisar sehingga halus. Campurkan dengan segelas air suam. Minum 2 kali sehari
i) Sapu sedikit minyak kelapa pada daun sirih. Layurkan/ salai pada api sehingga layu. Ketepikan sebentar, setelah agak suam, tekapkan daun sirih tersebut pada payudara. Amalkan setiap hari

Sayur-sayur yang dapat membanyakkan air susu ibu:

1) Brokoli
2) Lobak merah
3) Lobak putih
4) Seleri
5) kobis
6) Sawi putih
7) Peria
8) Ulam pegaga
9) Ulam jantung Pisang (yang telah direbus)


# Perlu dingatkan, stimulasi badan masing-masing adalah berlainan. Mungkin anda sesuai dengan cara a, tidak dengan cara b. Tetapi tidak salah kita mencuba dan berusaha kan...
"susu ibu adalah makanan terbaik untuk anak-anak sehingga mereka berumur 2 tahun".