Awal tahun 2007, aku dapat tawaran bekerja di Monorail sebagai Station Supervisor. Alhamdulillah dapat aku tukar bidang baru dalam kerjaya. masa tu aku masih single. aku dapat sewa umah kat Ampang, dekat dengan umah sepupu.
Kerja di Monorail memang hebat & mencabar. hanya orang yang betul-betul tahan dengan dugaan & cabaran je yang akan kekal di sini. kerja nya shift, memang tak menentu. masuk kul 6.30 pagi, balik kul 3 ptg. masuk kul 3 ptg, balik kul 12.30 malam. aku dulu rider, bawak moto je p keje. lagipun KL kan..susah nak cari parking, so better aku bawak moto je, senang nak cilok & cepat sampai. kalo tak, dengan jem nya lagi..fuhhh tak larat.
Tugas aku kena jaga 11 station kat monorail mengikut rotation : Titiwangsa, Chow Kit, Medan Tuanku, Bukit Nanas, Raja Chulan, Bukit Bintang, Imbi, Hang Tuah, Maharajalela, Tun Sambanthan & KL Central. station paling sibuk pada hari bekerja - Hang Tuah. selalu sangat ada masalah penumpang kat situ. penumpang ramai sangat. memang selalu kena keluarkan express train yang memang hanya akan ambil penumpang di Hang Tuah sahaja. Bukit Bintang & Imbi lak memang sibuk time cuti / malam. tu ramai muda-mudi la yang melepak-lepak, pegi low yat & macam-macam.
Kenangan bersama kawan-kawan sepanjang aku kat Monorail, memang tak boleh lupa. setiap station bertugas, kami di 'partner' kan dengan staff yang berlainan. so dapat la kenal ramai staff. kalo OT pun dapat la jumpa orang berlainan.
Tapi sayang aku tak lama di Monorail. aku berhenti di akhir bulan 2006 kerana ingin mendirikan rumahtangga bersama suami pada 07.07.07. selama aku di sana, sekeping gambar pun takde dalam simapanan aku, rugi betul rasa..lagipun kami memang sibuk sangat kalo time keje.
Hari terakhir aku di sana, kami buat makan kecil-kecilan. bertempat di corner lot Hang Tuah, kami rakan-rakan sepasukan meraikan persahabatan kami. tu memang aku tak boleh lupa. indah sangat. sekarang Monorail dah banyak berubah, dah di ambil-alih oleh company lain. management pun aku dengar dah banyak berubah. alhamdulillah... moga satu hari nanti aku dapt berjumpa semla dengan kawan-kawan lama aku di sana..insyaAllah...