Thursday, July 8, 2010

Seronok Mandi Kolam


2 minggu lepas, kami bersama anak-anak sekali lagi ke Wet World Pedas. kali ini kami ditemani akk ipar & anak sedara. wah makin seronok muiz & syifa mandi-manda kat kolam tu. muiz sampai menggigil tapi tak nak naik dari kolam, syifa pun pandai jugak, bila kita nak dukung dia naik dari kolam, melenting-lenting dia marah, letak semula dalam kolam baru suka. trip kali ni meriah sket la berbanding 1st time datang pasal bawak anak buah sekali, so ada la kawan untuk muiz & syifa.


 

Sampai sana, jumpa lak kawan bisnes.. so join la dia sekali. anak dia pun kecik lagi. seronok betul mandi kat sini. masa tu orang tak ramai sangat la. orang dewasa kena RM10, lebih ketinggian untuk kanak-kanak RM8. kitorang sampai dalam kul 2 ptg. makan KFC tapau dari Giant Seremban.. (sempat shopping dulu..). muiz ni penakut sket, bila nak naik tangga mainan dalam kolam tu, terjerit-jerit panggil mama. adik rilex je..siap naik kn kaki ke atas permukaan air lg..rasanya adik nanti pandai berenang la..macam ada minat.



Tengok la seronoknya muiz..ni masa nak gerak balik. siap posing lagi muiz yer...dah redup-redup petang so kitorang gerak balik dalam kul 5.30 ptg.



Ni la keadaannya anak-anak yang dalam keletihan mandi kolam..petang yang redup, angin sepoi-sepoi..adik dah selamat tido dulu dalam stroller sebelum kitorang gerak balik. naik je kereta, muiz lak boom...tido. sampai rumah je semua segar balik. sibuk nak main-main lagi. mama & ayah ni lak yang ngantuk...tapi memang seronok la kat sana. insyaAllah ada rezki, kami nak bawak mak abah pulak datang sini...