Thursday, June 3, 2010

Kelahiran Dhia Mardhiah


Dhia Mardhiah Bt Dani Ehsan, telah selamat dilahirkan di hospital di Johor Bahru pada 26 Mac 2010. Baby girl ni tembam sekarang, maklumlah fully breastfeeding...hee..

ibunya Mohaini Bt Mohamudiah, adik ipar aku (adik suami), tinggal & bekerja di Johor. kami memang jarang jumpa, maklumlah mak & ayah mertua dah meninggal dunia, so kami sekeluarga akan balik JB bila ada kenduri/ majlis je. atau mungkin ada hal-hal penting, baru kami balik. kalo tak, memang balik ke Muar jela..

Wah, lepas ni syifa dah ada geng kalo balik JB. dhia cepat besar ye, boleh kawan dengan syifa. masa balik Kota Tinggi aritu, sempena kenduri kahwin sepupu (Ira), dhia asik kembung je. sian dia tak dapat nyenyak tido malam. tapi siang memang sedap dia tido, tak kisah la apa bising pun sbelah dia ke, apa ke..dia syok je tido. tapi kata Aini, dia tak banyak ragam, alhamdulillah. syifa pun xbanyak ragam jugak, senang la jaga dia. cuma masa dalam pantang letih la, pasal dia pun slalu kembung. tapi bila dah besar sket alhamdulillah, senang la jugak...rasanya kalo anak perempuan ni kecik-kecik ni mudah la menjaganya kalo nak dibandingkan dengan lelaki. tapi apa-apa pun, tu semua rezki dari Allah, syukur kita dikurniakan anak, tak kisah la lelaki ke perempuan.



Ni gambar dhia masa kenduri akikah kat Klang, pada 22 May 2010. kak su amik gambar ni dari FB ye aini.. wah syoknya dhia tido..mesti senang mamanya jaga kan. cantik hairband? baru cik su nak bagi dia adiah hairband, dia dah ada dah...hee...kami tak dapat datang kenduri akikah dhia, sebab suami kerja. so next time la kita jumpa lagi ye.



Ni dhia dalam buaian masa akikah. ada buaian khas lagi, lagi la syok tido. tembamnya dia..mama dah kerja nanti dhia jangan nangis tinggal dengan baby sitter ye...panjang umur nanti kita jumpa lagi, masa tu mesti dhia dah besar. boleh geng dengan syifa.

Wet World Pedas


Wet World juga dikenali sebagai Kolam Air Panas, memang sesuai dijadikan sebagai lokasi peranginan/rehat sekeluarga. di sana ada kolam air sejuk & air panas. aku, suami, muiz & syifa dah seronok sangat kat sana. masa kami p tu ari ahad, ramai jugak la orang. tapi takde la sampai sesak. sekali masuk kena RM10 seorang, budak bawah 3 tahun PERCUMA.

Tempatnya selesa, banyak disediakan pondok-pondok kecil untuk tempat keluarga istirehat. ada banyak kolam kecil & sederhana disediakan, so kita boleh pilih nak mandi kat sini ke, kat situ ke..best! pelampung untuk disewa ada disediakan, untuk kemudahan pengunjung. cafe pun ada, so kalo dah lepas mandi-mada tu terasa lapar perut..jangan risau, makanan ada dijual. tempat salin pakaian pun selesa, ruang yang besar, percuma.

Kami sampai sana jam 11 pagi. muiz apa lagi, dah nampak air pancut, ramai budak-budak...suka la dia..ada geng. kami pun cari pondok sesuai untuk lepak & rehat. memang rezki, ada lak pondok kosong dekat dari pintu masuk. pondok memang banyak, dekat dengan kolam..pilih jela. muiz tengok air, dah tak sabar nk masuk kolam. ayah dia pun bawak la mandi...bagus kita membiasakan anak-anak dengan air kolam/ air laut sebab ini salah satu cara untuk membuatkan anak jadi berani. masa kami bawak muiz ke PD aritu, dia takut. agaknya dia tengok laut tu lapang je, takut agaknya. tapi kat kolam ni dia suka. nak main air sampai tak nak naik lak. 


Ni lak kat kolam air panas. ada 2 kolam untuk air panas, yang ni airnya suam sket. ada 1 kolam lagi kat sebelah pintu masuk, memang panas.. sesiapa yang behajat nak rendam kaki (rendam badan pun boleh), nak cuci kulit badan bagi hilang gatal-gatal ke, sakit kulit ke..elok la try kolam air panas ni. insyaAllah... muiz layan je air panas pun, masa tu lak ada la sorang budak sebaya dia jugak kat kolam tu, so dia ada kawan, leka la.. syifa rilex je, dia memang layan je kita bawak mana pun..maklum la kecik lagi, tak tau apa lagi..


Antara tujuan utama kami p sana pun sebenarnya nak ubatkan kulit syifa, dia ada sakit kulit. gatal-gatal. banyak ubat dah sapu, tapi tak berkesan jugak. sian dia, tergaru-garu..dah selesai bilas badan, salin pakaian, siapkan anak-anak, kami makan kat cafe yang disediakan. makan kenyag-kenyang baru balik. masa tu syifa dah kepenatan, tido dalam stroller. muiz sibuk lagi nak main ada mainan ultraman lak..yang berbunyi-bunyi tu, kena masuk 50sen. sambil makan la dia main ultraman tu. tak kisah la, asalkan dia seronok & tak meragam.


Lepas selesai semua, kami berangktt balik. dalam kereta, kena angin sepoi-sepoi..semua dah mengantuk. muiz, syifa tido. suami aku tak boleh la tido kn, kang sapa lak nak drive..kami sampai rumah dalam jam 4 petang. drive slow-slow, seronok jugak, memang best la aritu. lepas ni kami plan nak bawak abah & mak plak datang sini, mandi kolam dengan kami & anak-anak. lagi ramai, lagi happening.

Wednesday, June 2, 2010

Air Asia Berhad



Tahun 2007, aku pernah keje kat Air Asia, LCCT..sebagai GSA. tapi sempat 2 weeks je..hee. masa tu baru kawin, aku duduk kat Taman Mantau Indah, Seremban. punya la jauh nak ulang-alik hari-hari. aku memang suka keje situ, dapat experiance keje kat airport. gaji masyuk, tp yang tak syoknya syif tak menentu. tu yg buat aku tak tahan, tambah lak masa tu aku pregnat anak pertama. rezki aku dapat masuk Air Asia even aku pregnat.

Macam biasa, 1 week tu training. hari-hari kena make-up tebal-tebal before masuk training. bayangkan aku masuk keje kul 2 pagi kena make-up tebal-tebal?? kalo tak nanti dalam training room, bos-bos semua nak tengok grooming. hari-hari komen pasal make-up. aku yang tgh pregnant ni plak tetiba alah dengan bau make-up, asik loya je tekak...tapi aku tak boleh lari, sebab itu dah kemestian keje di bahagian tu.

Dalam keadaan terpaksa menahan alahan tu, tetiba aku dikurniakan rezki dari Allah. permohonan aku keje di KL Airport Services S/B diterima...Alhmdulillah...aku sendiri dh cakap dgn HR - Kak Yan, yang aku tgh pregnant, boleh ke aku diterima bekerja? dia cakap boleh, silakan datang lapor diri. lega & syukur sangat perasaan aku masa tu tak dapat nak digambarkan...keje pn ofis hour. aku memang perlukan keje ofis hour, mengenangkan aku bakal lahirkan ank & sapa plak yg sanggup jaga anak-anak aku tengah-tengah malam / pagi-pagi buta nanti. suami pn turut bersyukur sebab tak payah susah payah lg nk hantar aku pagi-pagi buta ke Air Asia...



Ni masa dalam flight Air Asia ke Sabah. Trip beramai-ramai mengikuti rombongan Cik Kiah ke Majlis Perkahwinan Fahmi Apem & Fatin. Kira kitorg pun tumpang sekaki untuk honeymoon la..hee..ms ni aku tengah pregnant muiz 3 bulan.


Now evryone can fly...