Monday, May 17, 2010

The Mines


Bestnya pi Mines semalam (16.05.2010-ahad). last aku & suami dtg masa kami couple. sekarang dah 2 anak. kejap je rasa. muiz suka tengok ikan banyak dalam kolam buatan tu, kami plan nak naik bot..tapi mengenangkan stroller syifa mana nak cempak, so tunggu la syifa pandai jalan dulu baru kami naik bot kat Mines. saja-saja nak bawak muiz & syifa tengok air..


Muiz suka sangat tengok ikan. banyak plak tu ikan dalam kolam tu. aku pn geram tengok. sampai muiz tak nak berganjak nak tengok ikan je. syifa buat hal dia je dalam stroller, isap jari.


Singgah KFC makan dulu, kasi perut kenyang baru sambung jalan-jalan. muiz apa lg, makan ayam sket dengan fries, cicah sos tomata. kalo ada sos memang selera dia makan. siap jilat sos tu...sabo jela..


Kami round kat situ sampai jamp 10.30 malam. sampai mines jam 6 petang. last sekali kitorang naik tingkat atas sekali tengok orang main bowling. syok je rasa, memang geram nak main jugak la masa tu, tapi time tu aku lak demam..so nak main pn takde mood. lain kali datang kena standby stokin & kasut then baru boleh main bowling...

Balik tu kami singgah Saba' Restaurant kat cyberjaya, tempat suami aku keje. dia ada keje sket nak arrange kan susunan meja untuk VIP nak makan esok. ramai jugak orang kat situ even dah jam 12 malam pun masa tu. tempat tu ramai orang melayu & orang arab. sebab restoran tu lebih kepada makanan arab, so memang jadi tumpuan la bagi orang arab & sesiapa yang nak cuba kelainan & makanan arab. harga boleh tahan, berpatutan jugak dengan makanannya. aku sempat jugak la makan sket desert - caramel..sedapnya. malam tu hujan lebat, guruh sabung-menyabung, petir kilat semua ada..tapi kejap je dah reda. jam 12.30 malam kami bertolak balik...


Sampai rumah, muiz & syifa dah bangun tak nak tido plak. sibuk nak main mainan yang aku belikan kat mines td. aku kemas-kemas tilam kat bilik, aku yang tido dulu. diorang main-main dengan ayahnya...siap tengok vcd upin ipin yang baru beli. syifa pun sibuk nak join, tahan bijik mata tak nak tido..dalam jam 2.15 pagi baru la anak-anakku tido dengan nyenyak setelah kepenatan bermain...

Seronok la berjalan kat mines..walaupun takde beli apa sangat, tapi seronok. kita ibu bapa ni seronok bila tengok anak-anak seronok...

Hijau...Evergreen



Hijaunya permandangan ni..fresh je rasa mata memandang. kalo umah kita kat sini kn best, jauh dari kesibukan kota. kalo tido ni, memang sah la tak bangun-bangun. udara nyaman & bersih, angin sepoi-sepoi bahasa..fuhhh



kalo tengah dahaga ni, memang sedap pekena air epal ijau segelas..tambah lak bulan puasa, fuhh mengancam. aku lak tengah puasa arini, cerita lak pasal ni, aduhh kena tahan ni...




Sawi ada sejenis tumbuhan hijau yang banyak khasiat. Antaranya ia boleh menambah vitamin dalam badan, menambah susu ibu, menguatkan gigi & tulang. Sawi memang pahit, tapi itu la yang tersimpan segala khasiatnya. Bak kata orang, lagi pahit..lagi baik untuk ubat. cubalah!




Ini plak stail tudung sekarang. Hampir semua wanita di Malaysia telah mengenakan tudung ini untuk ke pejabat, shopping complex, kenduri kahwin atau ke mana-mana sahaja. Ia mudah di pakai, sarung sahaja, belek-belek sket dah jadi. Boleh didapati di mana-mana, baik di pasar malam hingga ke butik-butik di shopping complex. Banyak gaya & brand..ariani, hawa & macam-macam...yang penting cantik dipakai...sedap mata memandang...




Bercerita bab makanan plak, nasi ni berwarna ijau. Nasi lemak? Letak inci je tu..biasanya yang aku tau, nasi kerabu tu yang macam-macam warna. kejap biru, kejap ijau, kejap kuning...tapi rase sama je..kena lak lawan nye dengan sambal udang & telur mata kerbau..terngakat beb!



Ini memang kiut. sayang plak rasa nak makan kalo aku dapat. kek ni biasanya yang colouring tu gula. sesuai dijadikan hadiah untuk besday anak/kawan-kawan/sapa-sapa la..untuk orang kahwin pun boleh..




Para doktor juga menggunakan warna hijau sebagai warna tema jubah mereka. tengok gambar ni, teringat waktu nak bersalin. mereka ni dah dilahirkan kering hati, kalo nak belah perut orang tu..macam apa je dibuat. inject pn suka-suka je kat badan kita. korek-korek, jahit situ, jahit sini, lama-lama siap je..hee..itu semua untuk kebaikan kita juga kan kalo kita sakit. kalo la doktor ni jenis penakut, susah jugak nanti..takut nak kerat, takut nak jahit, takut nk inject..susah jugak kn...kerjaya doktor camtu la...

Wednesday, May 12, 2010

Cabaran Menjaga Anak Seusia


Bukan senang nk jaga ank-anak seusia ni. Byk dugaan yg kena lalui. Beza umur muiz & syifa setahun 5 bulan. muiz lahir pd 28.04.2008, syifa lak pd 15.09.2009. Macam-macam ragam diorang ni. muiz masih lg nk berdukung, nak bermanja, nak dilayan. syifa lak masih kecil & perlukan lebih perhatian. mula-mula memang ssh la nk jaga sorang-sorang, tambah lak suami keje syif malam. kiri-kanan tangan ni nk kena dodoikan diorg.

Muiz sekarang dh 2 tahun sebulan, mulut dia kuat sgt bebel. ada je benda nk cakap, nk tanya, nk borak. sampai kite nk tengok tv pn susah, asik suh layan dia je. cerita favourite dia jim jam sunny, ultraman cosmos, fukuchan, macam-macam aznil, upin-ipin...kalo cite ni tgh on kt tv, mula dia nk ikut macam ragam orang tu, terlompat-lompat la, berlawan macam ultraman..adik dia la jdi mangsa. upin-ipin memamg dia tak pernah jemu, hari-hari pasang vcd sama pn dia layan jgk. so kalo nk bagi dia leka...dia nangis nk ikut aku p keje ke, sibuk nk tolong masak ke..ha bukak je upin-ipin..baru aman..iklan tak payah cakap la, semuanya dia dah hafal..baru nk start iklan, dia dh tau iklan apa..calcium, colgate, ho ho ho horlicks, scot emultion..macam-macam la..yg terbaru iklan pad librease ni pn dia tau..siap ikut gaya si yuna tu tunjuk 'librease..' lg...aii ank aku ni, cepat btol mengikut.



Syifa nasib la tak banyak sangat ragam, pandai main-main sendiri. cuma baru-baru ni je dia ni manja la pulak. pantang mama bangun nk ke dapur ke, nk ke toilet ke..mula la dia start lagu keroncong dia..nangis. syifa senang tido, dapat je ibu jari dia, layan..tapi syifa ni pelik sket, umur dh 8 bulan, tp tak pandai makan nasi. aku ni dok la buat bubur+ayam, bubur+ikan, +sayur..siap blend lg. bila bg je, sampai merah2 muka dia tak nak telan bubur tu. lepas tu muntah. camtu jela setiap kali bg nasi..so dia makan nestum jela sampai sekarang...syifa masih menyusu badan lg. mungkin tu sebab dia manja sangat lg. kadang-kadang abg dia jelous jugak. time adik nak nyusu, sibuk dia nak duduk jgk kat pangku kita. pastu bila layan syifa, muiz mula la buat-buat nangis, terjerit-jerit buat lawak / nk kn perhatian. so kena la layan 2-2...pening jgk bila balik keje, ada je ragam muiz la nk itu la..nk ini la..dia dh pndai mintak itu ini.



Tapi sebenarnya lebih banyak yang best & seronok ada muiz & syifa. mama balik keje walaupun pening layan, tapi masih boleh ketawa dgn kerenah diorang. memamg lupa la masalah keje. kita kalo nak seronok dgn anak-anak, kita kena pi ke alam diorang, alam kanak-kanak. baru boleh jadi macam kawan-kawan dia...so diorang pn seronok, sebab diorang rasa kita ni faham apa dia cakap, apa dia nak. marah boleh, tp biar kena pd tempat. moralnya memamg seronok la ada sepasang ank ni...cuma kena tabah & banyak bersabar dgn kerenah diorang...