Thursday, October 21, 2010

Naib Juara


Ahad, 4th July 2010 - Kelab Sukan & Rekreasi (KLAS) telah menganjurkan 1 perlawanan badminton antara division. aku turut serta dalam perlawanan tersebut. Dalam gambar ni partner regu aku, MILYSA. Perlawanan mula jam 9.00 pagi, tamat jam 6.00 petang, di Coat Badminton, Kuarters KLIA.

Dalam seminggu tu ada la 2-3 kali kami training, kat coat FEM. Masa tu memang bersemangat la nak berlatih. dah lama jugak tak bersenam ni, rasa berat je badan...tapi seronok dapat berkumpul dengan kawan-kawan, main badminton sama-sama.

Coat tu dekat je dengan rumah aku, di Coat Badminton Kuarters KLIA. so suami & anak-anak pun datang bagi sokongan. tapi kejap jela, panas dalam coat tu..apa lagi mengamuk la syifa.

Team Kami (MILYSA) dianggotai oleh Pn.Anita dari dept. IT & aku sendiri dari dept. Purchasing. Kami memenangi gelaran Naib Juara merangkul pingat Perak dan membawa pulang wang tunai bernilai RM80 sahaja. heee...macam DJ kat TV la pulak...anyway walaupun penat sehari suntuk berlawan tapi kami enjoy, hope akan ada lagi sukan macam ni untuk masa akan datang. selain dapat menyihatkan badan, kita jugak dapat mengeratkan tali silaturahim sesama pemain.

No comments:

Post a Comment